Saturday, March 19, 2011

SETABIR MALAM

Ku renung setabir malam
yang telah berlalu
bersama secebis mimpi,
Lalu ku singkap
mimpi itu menjadi
lelembar yang
boleh dimengertikan oleh
setabir siang...

Tapi,
Pada pagi ini
mimpi semalam
tidak lagi hadir..
kerana
pada setabir siangnya
telah dikatakan..bahawa
benarkah mimpimu
pada setabir malam semalam..
jikalau tidak
Usahlah datang lagi.


[1990]

No comments:

Post a Comment