BAGAIMANA bunga nak kembang
Asyik diusik si kumbang jalang
BAGAIMANA ular tak dating
Semak tebal dipenuhi lalang
BAGAIMANA ayam tak disambar helang
Reban dibiar tak berkandang
BAGAIMANA rumah tak tumbang
Pasaknya longgar tiangnya goyang
BAGAIMANA air sungai nak tenang
Sampah sarap banyak terbuang
BAGAIMANA titi nak teguh terentang
Kayunya beluti nan sebatang
BAGAIMANA pelita hendak terang
Kecil sumbunya minyakpun kurang
BAGAIMANA cinta tak terbang
Kasihnya ramai bukan seorang
BAGAIMANA iman tak bergoncang
Syariat hakikat tak dipegang
BAGAIMANA berjuang nak menang
Hati tak berani masuk gelanggang
BAGAIMANA nak sudi dating meminang
Baru terpandang hati tak senang
BAGAIMANA nak jatuh kasih sayang
Hati lidahnya bercabang cabang
BAGAIMANA budi hendak dikenang
Emas juga ditilik dipandang
BAGAIMANA maruah hendak dijulang
Diri dijual digadai pertualang
BAGAIMANA tidak dirundung malang
Leka bermimpi di hari siang
BAGAIMANA melayu tak hilang
Sesama sendiri asyik berperang
BAGAIMANA Negara hendak gemilang
Budaya kerjanya harus kekal cemerlang
BAGAIMANA bangsa mahu terbilang
Jati dirinya jangan dibuang
BAGAIMANA agar pengetahuan tak hilang
Bacalah buku jika duduk sengsorang….
2006
No comments:
Post a Comment